SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG RAJA

Wednesday, July 27, 2011

CIKGU MIMI DALAM KENANGAN





Setelah berkhidmat selama 5 tahun 6 bulan di SK Tanjung Raja, berakhirlah perkhidmatan Cikgu Mimi di sekolah ini setelah ditukarkan atas kepentingan perkhidmatan ke sekolah yang berhampiran iaitu SK Temau bermula 1 Julai 2011. Namun beliau hanya akan memulakan tugas bermula 24 Ogos 2011 setelah tamat cuti bersalin.










Semoga Cikgu Mimi dapat menyesuaikan diri di sekolah baru dan memberi khidmat yang terbaik walau dimana beliau berada.










Thursday, April 23, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT PEMULIHARAAN KUALA GANDAH

Pada 18 April 2009 yang lalu, sekolah kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat pemuliharaan gajah di Kuala Gandah. Seramai 26 orang murid dan 4 orang guru telah mengikuti lawatan ini. Bas bertolak dari sekolah ke tempat yang dituju pada jam 8.30 pagi. Kami berhenti berehat di Felda Mempaga untuk sarapan. Sesampai kami di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah, kami diberi penerangan oleh staf pusat berkenaan berkaitan pusat tersebut. Kami berkesempatan memberi makanan kepada gajah dan menunggang gajah. Kami juga disediakan dengan tayangan video berkaitan pemuliharaan gajah. Selain Pusat Pemuliharaan Gajah, kami juga berkesempatan mengunjungi perkampungan orang asli Che Wong, Deerland, Ladang Cendawan di Lebu dan Kilang Kacang Goreng Sempalit. Lawatan ini berakhir pada jam 6 petang.

Thursday, March 5, 2009

TIP MENGURANGKAN TEKANAN

1. Biasakan diri dalam berkeadaan berwuduk.
2. Memperbanyakan membaca Al-Quran.
3. Rajin membuat solat sunat.
4. Selalu berdoa kepada Allah s.w.t.
5. Sentiasa berprasangka baik kepada Allah.
6. Sertai aktiviti luar seperti bersenam.
7. Amalkan diet sihat.
8. Menangis dengan sepuas-puasnya.
9. Hargai kebolehan diri sendiri.
10. Sayangilah diri kamu!

PERISTIWA TAHUN GAJAH

Aminah melahirkan bayinya pada 12 Rabiulawal tahun 571 Masihi iaitu lebih kurang 50 hari selepas peristiwa tentera bergajah Abrahah yang dimusnahkan sekawan burung. Mengingati peristiwa besar tersebut, diisytiharkan tahun itu dengan Tahun Gajah - 12 Rabiulawal Tahun Gajah.
Semasa kelahiran itu, bergegar istana Kaisar Rom menyebabkan 14 buah menaranya runtuh. Terpadam api sembahan penganut agama Majusi di Parsi yang tidak padam sejak ratusan tahun sebelumnya.

PEPERIKSAAN PENILAIAN 1, 2009

Peperiksaan Penilaian 1 akan bermula pada 10 Mac 2009 dan berakhir pada 12 Mac 2009. Semoga murid-murid dapat menjawab soalan peperiksaan dengan jayanya. Kejayaan anda kebanggaan sekolah. SELAMAT BERJAYA!!

Thursday, January 22, 2009

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK TANJUNG RAJA 2009

Pada 23 Januari 2009, Sekolah kami mengadakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Penyertaan bermula dari tahun 3 hingga tahun 6. Semoga kejohanan ini menjadi permulaan aktiviti kokurikulum sekolah yang baik.